Makanan yang membantu banyakkan susu ibu

Assalamualaikum dan salam ceria ibu-ibu sekalian. 

Sihat ke hari ni? Susu perahan ok? masih dapat 20oz sehari tak? Alhamdulillah..

kalau ibu-ibu mempunyai masalah penyusuan,suka ana nak share ape makanan yang boleh banyakkan susu ibu dan ape yang boleh kita buat selain dari amalkan pemakanan tersebut untuk membantu banyakkan susu ibu. 

Alhamdulillah, ana dapat menghasilkan 15oz susu sekali pam dengan hanya 15 minit. ramai kawan2 ofis bertanya ape rahsia ana, meh ana share disini.Sehari, dengan dua kali pam, dapatlah 25oz ke 30oz. Alhamdulillah rezeki anak kan.. :)




Antara makanan ataupun cara utk bnykkan susu yg ana amalkan ialah:

 

- Banyakkan minum air/jus buah-buahan/makanan bersup.(sehari dlm 2liter++)

- Banyakkan minum susu. Sebaiknya mengambil hidangan susu 3 hingga 4 hidangan sehari. Tak suka minum susu, boleh ambil pil kalsium.

- Banyakkan makanan berprotein.Protein penting kerana komposisi utama dalam susu ibu  ialah protein dan diperlukan utk membina sel, kulit, rambut,kuku dan pertumbuhan yg sihat. Sebab tu saya sangat suka dgn ESP (energizing soy protein).

 - Makan nasi panas bersama halia muda (hiris nipis2) campur dgn air asam


 - Ambil beberapa helai daun betik sederhana muda. Rebus hingga didih. Minum air rebusan 2-3x sehari


 - Ambil lobak putih. Cuci bersih dan kisar sehingga halus. Campurkan dengan segelas air suam. Minum 2x sehari. Juga boleh dibuat sup lobak putih..


 - Sapu sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Layur pada api sehingga layu.Setelah agak suam, tekap daun sirih tersebut pada payudara. Amalkan setiap hari.


 - Makan lebih sayur2an ..especially sayuran yang dapat membanyakkan air susu ibu seperti brokoli,lobak putih,saleri, sawi putih, peria, Ulam pegaga, Ulam jantung pisang.



Selain daripada makanan, susu juga akan terhasil dengan banyak jika kita amalkan petua2 dan cara2 kat bawah ni: 

1. Kerapkan Menyusu / Mengepam

Susukan bayi sekurang-kurangnya setiap 3 jam pada siang hari. Jika bayi tidur lebih daripada 3 jam, kejutkan dia untuk menyusu. Pada waktu malam pula, kejutkan bayi untuk menyusu tambahan terutamanya jika dia tidur lebih daripada 4-5 jam.

Percaya kepada konsep bekalan dan permintaan. Semakin kerap kosongkan payudara semakin banyak susu dihasilkan.

Kerapkan sesi pemerahan sekitar jam 12 tengah malam hingga 6 pagi. Ini kerana hormon prolaktin banyak dihasilkan ketika ini.

2. Jangan Tunggu Payudara Penuh

Ada sesetengah wanita suka menjadikan payudara penuh sebagai petunjuk bahawa bayinya perlu disusukan. Itu salah!Yakinlah bahawa payudara sentiasa mengandungi susu dan apabila bayi disusukan, ia akan bekerja keras untuk menghasilkan lebih banyak susu.

Kajian menunjukkan bahawa tahap lemak dalam susu adalah lebih tinggi apabila tempoh antara satu penyusuan dengan yang lain adalah singkat. Ini bereti, jika anda menyusukan bayi beberapa minit selepas selesai menyusukan bayi (ketika anda beranggapan payudara "kosong"), dia akan memperoleh susu tinggi kandungan lemak yang dapat membantunya menambah berat badan.

3. Minum banyak Air

Pastikan anda minum banyak air sepanjang tempoh penyusuan mahupun pemerahan susu. Anda digalakkan minum 3 liter air iaitu kira-kira 13 cawan setiap hari.

4. Fikir Bayi Fikir Susu

Ketika menyusu, belailah bayi. Amalan ini dikenali sebagai grooming. Langkah ini tanpa disedari merangsang penghasilan susu. Antara lain, di antara waktu penyusuan dan sejurus sebelum sesi penyusuan bayangkan bayi sedang menyusu di payudara anda. Cara ini, akan merangsang payudara untuk mengeluarkan lebih banyak susu.
Masa nak mengepam lihat ler gambar anak sambil berselawat atau berzikir Ya Mattin. Boleh juga amalkan baca quran semasa mengepam.

5. Berdisiplin

Berdisplin ketika memerah susu. Jangan sesekali "ponteng" sesi perahan. Bila Hujung minggu jangan ponteng mengepam... masa hujung minggu la masa yang boleh untuk buat stok. Bagaimana? Guna tip no#6 dan no#7.

6. Tendum Pumping
Latih diri untuk menyusu dan perah susu serentak.Dengan kata lain, pam sebelah, menyusu sebelah. 

7. Teknik Marmet

Jadikan teknik Marmet sebagai amalan wajib kerana ia terbukti boleh menghasilkan lebih banyak susu. Dengan hanya menggunakan pam, cuma 60 - 70% susu boleh dikumpul tetapi dengan teknik Marmet selepas menggunakan pam, ia dapat mengoptimumkan pengumpulan susu anda sehingga 100%.

So lepas pump,Buat perahan guna tangan. Sangat membantu. Kalau dengan menggunakan pump dapat 3.5oz sebelah payudara, buat marmet bleh tambah jadi 4-4.5oz. Walaupun nampk sikit, tapi ada beza kan... Ni based on pengalaman lah.

8. Menyusu / mengepam Lebih Lama

Jangan hadkan masa setiap kali menyusukan bayi di sebelah payudara mahupun mengepam. Biarkan dia menyusu sebelah bahagian sehingga puas sebelum tukar menyusu ke sebelah yang lain. 

Ini akan memberinya peluang untuk mendapatkan susu berlemak tinggi (hindmilk). Jika anda terlalu cepat tukarkan ke payudara sebelah lagi, dia hanya mendapat foremilk, di mana hanya perutnya sahaja yang penuh tetapi tidak memberi kalori mencukupi untuk tumbesarannya.

Seeloknya jika anda mengepam, amik masa dlm 15-20 minit untuk sebelah payudara. Pastikan payudara benar-benar kosong bagi merangsang otak meghasilkan susu seterusnya. 

Macam mana nak tahu dah kosong?  
kalau ikut pengalaman ana, ada dua cara. pertama dengan menekan di sekitar payudara, jika tiada rasa sakit, dan kendur, dah kosong la tu. 
kedua, dengan keluar titisan je bila kita buat marmet. 

Mengepam lebih lama juga bleh buat letdown 2-3x tau!! Tak percaya buat. Konsisten + disiplin + istiqamah. 

maksud ana kat sini, bila kita tengah pam, kita mcm rasa susu dah tak ada, tapi teruskan pam dan tunggu je walaupun tak ada, dalam masa beberapa minit,mungkin 5 minit, mungkin 10 minit, susu akan mula keluar balik dengan banyaknya. Cubalah!

9. Penyusuan Malam

Amalan menyusukan bayi di waktu malam sangat bagus kerana ia merangsang peningkatan susu. Ini kerana di waktu malam, anda berdua lebih relaks lalu membolehkan bayi menyusu lebih lama dan kerap. Penyusuan malam turut merangsang hormon prolaktin yang memainkan peranannya menghasilkan lebih banyak susu.

10. Urutan

Teknik urutan payudara yang betul akan membantu susu mengalir dengan lancar. Apatah lagi sewaktu anda mengalami bengkak susu ataupun sakit puting. Untuk itu, anda perlu menuam payudara dengan tuala yang telah direndam di dalam air suam. Anda boleh pelajari teknik mengurut menerusi www.breastfeeding.com.

11. Penggunaan Pam yang sesuai. 
Ana guna pam elektrik double jenama Ardo Calypso, sebab dapat jimatkan masa dan susu pun memang lagi banyak bila pam double. Kalau korang nak try sendiri pam mana yang sesuai dengan citarasa korang, boleh ke kedai enjoybreastfeed kat klang, sebelum tu korang boleh la jadi member dia dulu secara online di www.enjoybreastfeed.com , nnt dapat beli barang dengan harga member. Kat kedai tu kita bole try sendiri macam mana suction dan bunyi dia.  

Itu lah dia sedikit sebanyak tips yang ana boleh kongsikan. Nak tips lagi?
Jom tgk video ni, macam mana puan Lia ni tambah susu.





Ana juga amalkan pengambilan supplement tambah susu SHAKLEE.

Ana mmg ambil ESP shaklee, Ostematrix , B complex dan vitamin C dan lechitin.

Ana ambil ESP sebab ESP memang akan bagi ana rasa kenyang, maklumlah, kita menyusu memang cepat lapar kan. Tapi dengan ESP, alhamdulillah boleh tahan lapar dan bertenaga.

Ostematrix pula sebagai pengganti kepada susu yang ana perlu minum setiap hari. badan kita perlukan 1000mg kalsium sehari, inikan pula kita tengah menyusu, lagi la tulang kita perlukan lebih kalsium. kesan kurang kalsium memang tak nampak sekarang, tapi dalam jangka masa panjang, kekurangan kalsium boleh menyebabkan masalah tulang rapuh, gigi cepat tanggal dan osteoporosis.

B complex pula ana suka sebab boleh elakkan stress. Kita menyusu ni tak boleh stress, nanti susu tak ada, betul tak.. hehe.. jadi, b complex memang sangat membantu.

Vitamin C pula ana ambil untuk tingkatkan daya imunisasi badan ana dan anak. Elak selesema dan demam, kalau kene pun, tak lama la. Memang rasa lain ambil vita C Shaklee, muka pun tak kusam.

Lechitin pula ana ambil untuk elakkan bengkak susu dan lancarkan pengaliran susu. Sebab lechitin akan hancurkan lemak-lemak yang menghalang pengaliran susu. tak cuba tak tahu. Anak ketiga ni, ana tak pernah kena bengkak susu walaupun susu memang banyak. Alhamdulillah.

Kalau korang nak dapatkan set-set dan suplemen Shaklee ni, bole hubungi ana terus di 0136283485. Kalau nak bertanya tentang penyusuan pun boleh. Ana sedia membantu.



Satu lagi testimoni bervideo ana sediakan untuk korang. Kak farah ni dulu nurse, tahu tentang vitamin ubat semua.. pilih shaklee juga sebagai suplemen.




Cara Tambah Susu Badan Supaya Tak PANIK Anak Menangis Kelaparan from iReach HD on Vimeo.


Testimoni mesej, wassup tak pyh cakap la.. memang ramai yang dapat buat stok balik selepas ambil set menyusu ni. korang nak cuba tak, memang berbaloi tau. Sebab setiap titis susu yang keluar untuk anak kita tu, dapat pahala tau. Dah la anak sihat dapat minum susu kita, bukan susu lembu. Kita pula dapat pahala dan bertambah sihat.


Jadi, jom melabur sedikit untuk kesihatan kita dan anak kita.


Hana- 0136283845

Teman penyusuan Anda.



SHARE ON:

    Blogger Comment

24 comments:

Rose's said...

Terima kasih...infoo yang sangat membantu..:)

Rose's said...

Terima kasih...infoo yang sangat membantu..:)

surijunior said...

Alhamdulillah :)

Siti farahana Nodzari said...

terima kasih gak sb sudi baca ,, :)

NorIzan said...

terima kasih.. sgt2 membantu.. harap2 utk anak yg ke 5 ni susu byk laaa.. hihihi.. sedey yg nomo 4 dulu hingga 7 bulan je

Siti farahana Nodzari said...

sama2.. kalo nak supplement menyusu Shaklee boleh hubungi ana gak k. :)

Cempaka Ayu said...

Terima kasih.info yg sgt membantu.

Cempaka Ayu said...

Terima kasih.info yg sgt membantu.

Zana said...

INFO YANG SANGAT MEMBANTU,TERIMA KASIH BANYAK2.SEMOGA INFO NI DPT SAYA CUBA UNTUK BABY GIRL TERSAYANG.

Zana said...

info yg sgt membantu.nak sgt cuba sebab baby dah masuk 5 bln,takut tak cukup sbb kena ambil masa ngepam kat opis.terima kasih banyak

mom's love said...

Alhamdulillah.very helpful info.

mimie.. said...

alhamdulillah..sgt2 membantu info ni sis :)

tq!

Anonymous said...

Assalamualaikum... saya nk tnya, satu hari berapa kali kna minum esp?

Siti farahana Nodzari said...

Sehari 3 scoop je.. sama ada nak amik pagi, tgh hari, mlm... x kisah, tp jgn lebih 3 scoop. :)

yatty said...

Tq sis for sharing..Sgt berguna utk my 3rd baby ;-)

yatty said...

Good info..tq sis for sharing ;-)

Anonymous said...

Blog lain daripd yg lain.. info yg sgt mmbantu.. thanks, sist..

Mak Jemah Jual Vitamin said...

sangat mudah sebenarnya nak susukan anak ni cuma nak kena banyak belajar tentang ilmu penyusuan kan..

Siti farahana Nodzari said...

Seronokkan bila susu banyak.. hihi

herosaya said...

wau 15min dapat 15oz..cayalah..seronok anak dapat minum breastmilk puas2

Azlina MohamatNor said...

Assalam ana... sya da amalkan alfafa tp susu masih x bnyk jugak.. cara makan alfafa tu mcm mana ye.. sya amalkan 2biji pagi n 2 biji mlm.. esp tu 3 scoop je ke sehari? Runsing sbb susu da mula sikit..anak semakin kuat nyusu...
Tq

Azlina MohamatNor said...

Assalam ana...tq for info. Sgt2 berguna.. Tp sya runsing sbb susu da sikit. Sya da mkn alfafa 2biji pg 2 biji mlm.. Tp susu mcm tu gak.. ke saya silap cara mkn. Esp 3 scoop je.. sama x dgn 3 sudu besar. Anak sya semakin kuat nyusu.. sehari di taska 12-15oz..

ANA ARIF said...

hana tlg sy pless

Azriza said...

Artikel yang baik. Saya ada tips tambahan untuk banyakkan susu. Ni dari pengalaman sebenar. Amalkan makan yg cukup dan perbanyakkan makan sayur hijau. Minum susu dan banyakkan minum air masak. Kebanyakkan org perempuan ni suka ambil jamu yg panas utk badan. Jadi ia mungkin boleh dijadikan faktor susu badan cepat kering. Seeloknya dlm pantang lagi kita minum air byk tapi secara sikit-sikit dan kerap. Memang org tua tak bagi kita minum air byk time dlm pantang tapi kita terpaksa juga kan.. Sebab kalau dah mkn jamu panas badan kita akan rasa kekurangan air